Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman
Image

Perutusan Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Dungun


Assalamualaikum,

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. yang dengan izin-Nya dapat kita bersama dalam laman web Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun. Sesungguhnya kita sedang menghadapi era internet iaitu satu revolusi baru yang bersifat global yang berupaya mengubah kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Sehubungan dengan itu kami juga tidak mahu ketinggalan dalam arus Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information & Communication Teknology (ICT). Kita percaya bahawa melalui penggunaan maklumat dan ilmu kita sudah pasti boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan kita.

 

Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun berusaha membina laman web ini bertujuan mendekatkan masyarakat amnya dan pegawai serta kakitangan pentadbiran Daerah dan Tanah khususnya dengan teknologi yang pesat berkembang ini. Ia juga sebagai langkah awal ke arah kerajaan elektronik, "Website" ini adalah permulaan dalam menyahut seruan Y.A.B. Perdana Menteri supaya kita tidak hanya memerhati sahaja terhadap revolusi maklumat ini. Kita perlu menyertainya, bahkan menerajuinya. Kata Perdana Menteri Lagi " Perubahan yang perlu dibuat kali ini adalah lebih sukar tetapi bukanlah di luar kemampuan kita. Yang penting ialah kesanggupan kita untuk memiliki kemahiran yang diperlukan melalui usaha yang gigih dan dedikasi. Kita boleh melakukannya dengan memahami ICT, memanfaatkannya, merealisasikan potensinya dan menggunakannya".

Pembinaan Laman ini bermula pada April 2006 adalah menandakan keazaman serta iltizam seluruh Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun memasuki persaingan global bagi merealisasikan wawasan 2020 dan juga Wawasan Sihat demi kecemerlangan Perkhidmatan Awam keseluruhannya. Sebagai peserta baru dalam gelombang cyber sudah pasti laman web ini mempunyai banyak kekurangan dan kelemahannya. Oleh itu sebarang teguran dan komen akan diterima dengan hati yang terbuka.

Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam pembinaan laman ini.

Sekian, salam cyber dari saya dan terima kasih....

(YBRS. Encik Jusman bin Ibrahim)

A.M.T., P.J.K., S.M.Z.
Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Dungun

Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun,
Jalan Yahaya Ahmad, 23000 Dungun, Terengganu

Talian  : 09 - 8481616
Faks PDD  : 09 - 8484594
Faks PTD : 09 - 8452217
Email : pddungun@terengganu.gov.my
Email : ptd@terengganu.gov.my

Penafian:-Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 11

Week 182

Month 634

All 13582

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun