Bahagian Pentadbiran & Kewangan Tanah Dungun
![Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah.](/images/2023/pentadbiran.png)
Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah.
![Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib.](/images/2023/pentadbiran.png)
Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib.
![Mengurus segala cuti, menyedia dan memproses dokumen persaraan.](/images/2023/pentadbiran.png)
Mengurus segala cuti, menyedia dan memproses dokumen persaraan.
![Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tentang dasar dan peraturan kerja semasa.](/images/2023/pentadbiran.png)
Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tentang dasar dan peraturan kerja semasa.
![Melaksanakan pengurusan perolehan pejabat dan mengawalselia keperluan.](/images/2023/pentadbiran.png)
Melaksanakan pengurusan perolehan pejabat dan mengawalselia keperluan.
![Menguruskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan di jabatan meliputi harta modal dan inventori merangkumi aspek penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan dan penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.](/images/2023/pentadbiran.png)
Menguruskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan di jabatan meliputi harta modal dan inventori merangkumi aspek penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan dan penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
![Menyelaras penilaian prestasi tahunan dan panel pengurusan sumber manusia (PPSM).](/images/2023/pentadbiran.png)
Menyelaras penilaian prestasi tahunan dan panel pengurusan sumber manusia (PPSM).
Bahagian Pendaftaran Tanah Dungun
![Pendaftaran Perintah Mahkamah.](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Perintah Mahkamah.
Pembatalan gadaian ialah satu tindakan bagi membatalkan gadaian yang dibuat oleh tuan tanah ke atas gadaian yang dimasukkan di mana pemegang gadaian tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia.
![Pendaftaran Pembatalan Gadaian](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Pembatalan Gadaian
Pembatalan gadaian ialah satu tindakan bagi membatalkan gadaian yang dibuat oleh tuan tanah ke atas gadaian yang dimasukkan di mana pemegang gadaian tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia.
![Pendaftaran Kaveat Persendirian](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Kaveat Persendirian
Kaveat persendirian ialah satu tegahan ke atas kepentingan tanah oleh individu (orang perseorangan) untuk menjaga kepentingan tanahnya.
![Pendaftaran Kaveat Pemegang Lien](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Kaveat Pemegang Lien
Kaveat Pemegang Lien ialah satu tegahan yang mengikat akan tanah dan kepentingannya bagi menjamin kepentingan orang atau badan yang memberi pinjaman.
![Pendaftaran Kaveat Amanah](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Kaveat Amanah
Kaveat Amanah ialah satu tegahan yang dibuat bagi menjaga kepentingan orang-orang yang diamanahkan.
![Notis Menarik Balik Kaveat Persendirian](/images/2023/pendaftaran.png)
Notis Menarik Balik Kaveat Persendirian
Notis Menarik Balik Kaveat Persendirian ialah permohonan pelepasan kaveat atau tegahan yang dibuat oleh orang yang memasuki kaveat.
![Pendaftaran Perintah Larangan (mahkamah) atau Lanjut Tempoh Kaveat](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Perintah Larangan (mahkamah) atau Lanjut Tempoh Kaveat
-Perintah Larangan (mahkamah) ialah suatu perintah oleh mahkamah di mana tanah atau kepentingan atas tanah yang dipegang oleh siberhutang yang akan dijual dalam proses perbicaraan yang mana melarang siberhutang dari melaksanakan apa-apa urusan seperti yang dinyatakan dalam perintah itu atau perintah bagi melanjutkan tempoh kaveat persendirian.
- Melanjut tempoh kaveat ialah sesuatu lanjutan masa yang diberi oleh pihak mahkamah ke atas kemasukan kaveat persendirian.
- Melanjut tempoh kaveat ialah sesuatu lanjutan masa yang diberi oleh pihak mahkamah ke atas kemasukan kaveat persendirian.
![Pendaftaran sebagai Penguasa atau Pentadbir/penjaga/wakil/wasi](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran sebagai Penguasa atau Pentadbir/penjaga/wakil/wasi
Pendaftaran sebagai penguasa atau pentadbir/penjaga/wakil/wasi ialah membuat catatan perkataan "Penguasa" atau "Pentadbir/penjaga/wakil/wasi" ke atas hakmilik yang berkaitan sebagaimana perintah.
![Memotong kaveat persendirian](/images/2023/pendaftaran.png)
Memotong kaveat persendirian
Permohonan untuk memotong kaveat persendirian ialah permohonan untuk pelepasan kaveat atau tegahan yang dipohon oleh tuan tanah atau orang-orang yang berkepentingan berdaftar ke atas satu-satu kaveat yang telah mengikat akan tanah atau kepentingan tersebut
![Pendaftaran Pemegang Amanah](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Pemegang Amanah
Pendaftaran sebagai pemegang amanah ialah orang-orang yang diberi kuasa mengurus dan mentadbir harta pihak lain.
![Pendaftaran Penukaran Nama (Seksyen 378 KTN)](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Penukaran Nama (Seksyen 378 KTN)
Penukaran nama di bawah seksyen 378 KTN ialah perubahan nama seperti ejaan nama, menukar nama atau menambah gelaran pada nama atau nombor kad pengenalan oleh tuan tanah ke atas hak milik atau kepentingannya dengan dikepilkan bukti dengan dokumen seperti Surat Akuan Berkanun, surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara, Borang 13 Akta Syarikat 1965, Deed of Poll atau lain-lain yang berkaitan
![Pendaftaran Perletakhakan Statutori](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Perletakhakan Statutori
Perlethakhakan statutori ialah suatu perletakhakan yang dikuatkuasakan oleh mana-mana undang-undang bertulis tentang mana-mana kepentingan berdaftar mengenai tanah atau mana-mana kepentingan yang boleh didaftar mengenai tanah.
![Pendaftaran Pembahagian Harta Pesaka Kecil](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Pembahagian Harta Pesaka Kecil
Pembahagian harta pesaka kecil ialah satu perintah pembahagian harta pesaka yang mesti dibuat dengan mencatatkan di dalam keterangan hakmilik daripada simati kepada nama waris-waris yang berhak. Ianya juga dikenali dengan nama pendaftaran tarekah kecil.
![Pendaftaran Membatal Sekatan Kepentingan](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Membatal Sekatan Kepentingan
Permohonan membatal sekatan kepentingan ialah pengubahan atau pembatalan atau pemindaan mana-mana syarat nyata atau sekatan kepentingan atau pengenaan syarat nyata atau sekatan yang baru untuk membolehkan tuan tanah mengguna atau memajukan tanahnya bagi maksud-maksud lain yang dibenarkan sekarang.
![Pendaftaran Kaveat Pendaftar](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Kaveat Pendaftar
Kaveat Pendaftaran ialah satu tegahan ke atas kepentingan tanah yang dimasuki oleh Pendaftar bagi menjaga kepentingan badan-badan kerajaan dan pihak-pihak tertentu.
![Pendaftaran Pengambilan Tanah](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Pengambilan Tanah
Pengambilan tanah ialah suatu proses perolehan ke atas tanah-tanah milik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud tujuan awam atau perdagangan dengan diberikan bayaran pampasan yang tertentu.
![Pendaftaran Penyerahan Tanah Sebahagian](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Penyerahan Tanah Sebahagian
Penyerahan tanah sebahagian ialah tuan tanah yang memohon untuk menyerah balik sebahagian tanah sahaja kepada Pihak Berkuasa Negeri dan boleh dilakukan hanya untuk kegunaan bagi maksud keagamaan, pendidikan, kebajikan atau awam.
![Pendaftaran Penyerahan Kesemua Tanah](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Penyerahan Kesemua Tanah
Penyerahan tanah kesemua ialah tuan tanah memohon untuk menyerah balik kesemua tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri.
![Pendaftaran Hakisan Tanah](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Hakisan Tanah
Tanah milik yang dihakis oleh laut/sungai (hakisan tanah) ialah pengembalian tanah milik kepada Pihak Berkuasa Negeri akibat munduran oleh laut/sungai.
![Pendaftaran Perampasan Tanah](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Perampasan Tanah
- Perampasan tanah kerana tidak membayar cukai ialah tanah yang dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana tuan tanah gagal menjelaskan cukai tanah.
- Perampasan Tanah kerana pelanggaran syarat tanah ialah tanah yang dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri kerana ketidakpatuhan tuan tanah ke atas syarat yang dikenakan ke atas tanahnya.
![Pendaftaran Tukar Syarat, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Cantuman Tanah](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Tukar Syarat, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Cantuman Tanah
- Tukar syarat ialah permohonan untuk mengubah kegunaan tanah hakmilik.
- Pecah Sempadan ialah membahagikan bahagian-bahagian tanah kepada seorang atau lebih.
- Pecah Bahagian ialah membahagikan bahagian-bahagian tanah yang mempunyai pemilik lebih dari seorang.
- Cantuman tanah ialah mencantumkan tanah-tanah iaitu dua lot atau lebih menjadi satu.
![Pendaftaran Pembetulan Seksyen 380 KTN](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Pembetulan Seksyen 380 KTN
Pembetulan/ketinggalan di bawah seksyen 380 KTN ialah satu proses pembetulan di atas kesilapan atau ketinggalan yang telah berlaku khususnya mengenai pendaftaran atau pengeluaran hakmilik serta kesilapan ingatan atau catatan.Pembetulan kesilapan ini tidak akan menyentuh hak atau tanggungan seseorang di bawah sesuatu hakmilik atau dibawah mana-mana suratcara berkaitan dengan tanah.
![Pendaftaran Pembatalan Kaveat Persendirian Kerana Luput Tempoh](/images/2023/pendaftaran.png)
Pendaftaran Pembatalan Kaveat Persendirian Kerana Luput Tempoh
Pembatalan Kaveat Persendirian kerana luput tempoh ialah satu proses bagi membatalkan kaveat persendirian kerana tempoh kuatkuasanya telah genap enam tahun dari tarikh kemasukannya.
Bahagian Pembangunan & Pelupusan Tanah Dungun
![Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah.](/images/2023/pp.png)
Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah.
![Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.](/images/2023/pp.png)
Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.
![Permohonan ubah syarat, pecah sempadan / bahagian tanah.](/images/2023/pp.png)
Permohonan ubah syarat, pecah sempadan / bahagian tanah.
![Permohonan penyatuan tanah.](/images/2023/pp.png)
Permohonan penyatuan tanah.
![Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industri.](/images/2023/pp.png)
Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industri.
![Pemberian milik tanah di bawah akta tanah.](/images/2023/pp.png)
Pemberian milik tanah di bawah akta tanah.
![Memproses permohonan pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.](/images/2023/pp.png)
Memproses permohonan pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.
Bahagian Teknikal Tanah Dungun
![Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai.](/images/2023/teknikal.png)
Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai.
![Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah dan lesen menduduki sementara](/images/2023/teknikal.png)
Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah dan lesen menduduki sementara
![Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit.](/images/2023/teknikal.png)
Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit.
![Menjalankan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan.](/images/2023/teknikal.png)
Menjalankan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan.
![Mengemukakan laporan siasatan sebelum proses pendakwaan dilaksanakan.](/images/2023/teknikal.png)
Mengemukakan laporan siasatan sebelum proses pendakwaan dilaksanakan.
Bahagian Hasil Tanah Dungun
Bahagian Perundangan Tanah Dungun
![Khidmat nasihat semua hal berkaitan tanah.](/images/2023/07/09/khidmat-pelanggan.png)
Khidmat nasihat semua hal berkaitan tanah.
![Membuat siasatan awal ke atas aduan pencerobohan tanah kerajaan dan pelanggaran undang-undang tanah.](/images/2023/07/09/khidmat-pelanggan.png)
Membuat siasatan awal ke atas aduan pencerobohan tanah kerajaan dan pelanggaran undang-undang tanah.
![Menyediakan maklumat berkaitan kepada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu bagi kes2 yang difailkan di Mahkamah.](/images/2023/07/09/khidmat-pelanggan.png)
Menyediakan maklumat berkaitan kepada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu bagi kes2 yang difailkan di Mahkamah.
![Perwartaan.](/images/2023/07/09/khidmat-pelanggan.png)
Perwartaan.
![Semakan / pinda tatacara prosedur tanah.](/images/2023/07/09/khidmat-pelanggan.png)
Semakan / pinda tatacara prosedur tanah.
Bahagian Teknologi Maklumat Tanah Dungun
![Sokongan teknikal dalam teknologi maklumat dan komunikasi kepada penjawat awam dan komuniti ke arah merealisasikan program kerajaan elektronik di peringkat daerah.](/images/2023/it.png)
Sokongan teknikal dalam teknologi maklumat dan komunikasi kepada penjawat awam dan komuniti ke arah merealisasikan program kerajaan elektronik di peringkat daerah.
![Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan.](/images/2023/it.png)
Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan.
![Membangun dan mengemaskini laman web jabatan.](/images/2023/it.png)
Membangun dan mengemaskini laman web jabatan.
![Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota termasuk latihan pengguna berkaitan sistem dan penggunaannya.](/images/2023/it.png)
Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota termasuk latihan pengguna berkaitan sistem dan penggunaannya.
![Menyelenggara keperluan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), eSOLAR, e-Mohon, e-Consent, e-Convert dan lain-lain sistem aplikasi yang dibangunkan oleh PTG dari semasa ke semasa.](/images/2023/it.png)
Menyelenggara keperluan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB), eSOLAR, e-Mohon, e-Consent, e-Convert dan lain-lain sistem aplikasi yang dibangunkan oleh PTG dari semasa ke semasa.
![Membangunkan aplikasi berkaitan dengan urusan pentadbiran mengikut keperluan agensi.](/images/2023/it.png)