Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman

Berita Utama

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

16 JUN - Program Perasmian dan Pelepasan Anak Penyu bersempena Kempen Penggalakkan "Terengganu Turtle Tousim" peringkat Negeri telah diadakan di Rantau Abang, Dungun. Terengganu Turtle Experience merupakan tarikan baharu pelancong di Terengganu terutamanya di Daerah Dungun. Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Dato' Tengku Farouk Hussin Bi Tengku Abd Jalil. Program ini merupakan satu inisiatif dalam mendidik orang ramai memelihara spesis hidupan marin yang semakin pupus dan juga demi menjaga kelestarian alam.

Berbagai akiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung dari pagi sehinggalah ke peringkat pelepasan anak-anak penyu. Antaranya ialah, program kesedaran bersama NGO, Pameran program kesederan dan konservasi penyu, kempen sarang dan penyu angkat, promosi program sukarelawan, temuduga secara langsung untuk latihan amali dan petugas-petugas, penjualan cenderamata, pendaftaran keahlian, pertandingan mewarna untuk masayarakat setempat, kuiz pelancongan, persembahan kebudayaan, dan Pelepasan Anak Penyu oleh YBM SUK Negeri Terengganu. Dengan ini, Kerajaan Negeri Terengganu berharap dengan pelaksanaan Program Terengganu Turtle Experience Tourism dapat menjadikan negeri ini satu destinasi pelancongan ikonik penyu yang terungul dalam negara.

Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun,
Jalan Yahaya Ahmad, 23000 Dungun, Terengganu

Talian  : 09 - 8481616
Faks PDD  : 09 - 8484594
Faks PTD : 09 - 8452217
Email : pddungun@terengganu.gov.my
Email : ptd@terengganu.gov.my

Penafian:-Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.

Hits Pengunjung

Today 0

Week 32

Month 846

All 6987

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun