JUALAN / LELONGAN AWAM Cetak
Oleh Administrator   
Rabu, 17 April 2019 11:03

SYARAT-SYARAT JUALAN / LELONGAN AWAM

1.

Lelongan ini adalah terbuka kepada semua Orang Melayu* dan lain-lain Bangsa Warga Negara Malaysia yang berminat untuk membuat tawaran termasuk Pemegang Gadaian (jika dibenarkan oleh undang-undang).

 

 

2.

Sebarang tawaran tidak boleh kurang daripada Harga Rizab yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah Dungun dalam Perintah (Borang 16H) atau Perisytiharan Jualan.

 

 

3.

Bakal penyambut mesti terlebih dahulu membayar/ menyerahkan Deposit sebanyak 10% daripada Harga Rizab kepada Pemegang Gadaian iaitu selewat-lewatnya 30 minit sebelum penjualan bermula. Penyambut yang tidak berjaya, depositnya akan dikembalikan.

 

 

4.

Bayaran Deposit (3) hendaklah dalam bentuk BANK DRAF (SAHAJA) kepada PEMEGANG GADAIAN dengan mencatatkan nama dan No. Kad Pengenalan tuan disebelah belakang Bank Draf berkenaan

 

 

5.

Syarikat dikehendaki menyertakan ‘Memorandum & Article Association’, Borang 24, Borang 49 Resolusi Lembaga Pengarah dan Borang 11 (bagi pemilikan bumiputera)

 

 

6.

Pentadbir Tanah Dungun berhak menarik balik atau menangguhkan sebarang penjualan pada bila-bila masa sebelum jatuhnya penukul. (Seksyen 264(3)KTN)

 

 

7.

Penyambut yang Berjaya dalam lelongan berkaitan mestilah membayar/ menjelaskan sepenuhnya jumlah deposit sepuluh (10) peratus daripada harga pembelian/ tawaran berkenaan dalam bentuk bank draf/ wang tunai sebaik sahaja selepas penjualan      lelongan itu tamat.

 

 

8.

Penyambut hendaklah juga menandatangani satu perjanjian jual beli dengan penyaksian.

 

 

9.

Baki harga tawaran/ pembelian (90%) hendaklah dijelaskan dalam tempoh 120 hari mulai tarikh perjanjian jual beli dibuat. Jika gagal, penyambut tawaran dianggap telah melanggar Perjanjian Jual Beli dan Wang Deposit 10% akan dirampas dan akan digunakan/ diagihkan mengikut Seksyen 267 Kanun Tanah Negara (pindaan) 2001.

 

 

10.

Di mana seorang pembeli gagal untuk menyelesaikan baki harga belian dalam masa yang telah ditetapkan di bawah perintah untuk jualan di bawah Seksyen 263 KTN,              deposit tersebut akan dilucut hak dan hendaklah terpakai mengikut Seksyen 267A KTN.

 

 

11.

Tanah ini adalah dipercayai dan hendaklah dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua Ismen/Kaveat, Tenansi, Tanggung dan Hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya tanpa apa-apa tanggungan yang timbul untuk mengtakrifnya dan tiada kesilapan pernyataan khilaf atau perihal khilaf boleh membatalkan jualan ini dan tiada bayaran ganti rugi dibenarkan mengenainya.

 

 

12.

Apa-apa bayaran cukai tanah, bayaran taksiran dan semua perbelanjaan yang kena dibayar bagi membuat taksiran atau melaksanakan perintah jualan ini hendaklah dibayar daripada harga pembelian. Segala bayaran lain berhubung dengan pendaftaran perakuan jualan hendaklah ditanggung oleh pembeli.