DUNGUN DESTINASI KEDUA MAJLIS KURNIAAN HARI RAYA

Cetak
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

DUNGUN, 19 Mac 2024 - Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berangkat ke Majlis Kurniaan Hari Raya di Masjid Al-Mustaqim, Kampung Pulau Serai, di sini, hari ini.

Baginda diiringi Ahli Dewan Pangkuan DiRaja dan isteri. Menyambut ketibaan baginda, Yang di-Pertua Dewan, Dato' Mohd Nor Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Sejurus selesai kurniaan sumbangan kepada golongan asnaf dan kurang bernasib baik, baginda berkenan menikmati santapan berbuka puasa sejurus solat Maghrib diikuti solat Isyak serta tarawih berjemaah