PULAU TENGGOL DUNGUN TERENGGANU Cetak
Oleh Administrator   
Jumaat, 29 Mac 2013 17:21
Pulau Tenggol merupakan antara tempat menarik di Dungun dan ianya juaga antara pulau yang masih terpelihara keindahannya berbanding dengan pulau-pulau lain. Pulau Tenggol adalah sebuah pulau di pesisir pantai Terengganu yang cukup istimewa untuk dikunjungi. Ia terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyalam scuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat.Seperti juga Pulau Redang, Pulau Tenggol ialah sebuah taman merin (merin park) yang diwartakan.

Terletak haya 45 minit (menggunakan bot laju) dari persisiran pantai Kuala Dungun, Pulau kecil ini hanya 3 km panjang dan 2 km lebar dan dianggap sebagai “syurga” menyelam lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam scuba. Pendalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini menggunjur dari pedalaman pula uterus ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut seperti dinding kanvas bagi hidupan laut – yang tidak jemu di kunjungi penyelam scuba.

Penyelaman skuba (scuba diving ) dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di sini. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang boleh di lihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, rumpai laut (seaweed), batfish, penyu, Napoleon Wrass, clownfish dan jerung paus. Aktiviti ini mesti dirancang. Anda boleh membuat tempahan dengan boatman atau pengusaha perkhidmatan bot terlebih dahulu, bot laju untuk tujuan “day-trip diving”. Tempat-tempat selaman yang dilawati ialah Teluk Air Tawar, Rajawali, Tokong Batu, Tokong Timur Dan Tanjung Gemuk.

Peralatan untuk aktiviti scuba diving boleh disewa atau bawa sendiri. Kadar sewaan untuk bot laju pula ialah lebih kurang RM 600- RM 650 sehari. Bot boleh memuatkan seramai 6 orang. Sewa ini termasuk bot, petrol, pemandu pelancong dan makan tengahari.

SELAMAT BERKUNJUNG KE DUNGUN TERENGGANU
DiKemaskini Pada Jumaat, 29 Mac 2013 17:44
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2853 kali.