PANTAI TANJUNG JARA DUNGUN TERENGGANU Cetak
Oleh Administrator   
Jumaat, 29 Mac 2013 17:05
Pantai Tanjung Jara terletak di Dungun Terengganu adalah salah satu pantai yang menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati kedamaian pantai yang mengadap Laut China Selatan . Deruan ombak menghempas pasir yang keemasan memang memberi ketenangan jiwa kepada mereka yang ingin lari dari kesibukkan kota. Selain Rantau Abang Pantai Tanjong Jara memang terkenal dengan tempat penyu bertelur, Anda boleh melihat penyu bertelur dan musim adalah antara bulan Mei hingga September.

Terdapat beberapa hotel, chalet dan villa untuk disewa yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti berkayak, meluncur angin, snorkeling dan menyelam unutk para penggunjung. Terdapat juga hotel yang bertaraf lima bintang dan menjadi mercu tanda Tanjung Jara iaitu Tanjung Jara Resort. Tanjung Jara Resort merupakan resort mewah yang menyediakan pelbagai kemudahan dan package menarik bagi pelancong yang ingin mencari ketenangan di Tanjung Jara. Sesiapa yang ingin memanjakan diri dengan keunikan dan ketenangan Spa di Tanjung Jara Resort diiktiraf sebagai Spa terbaik di dunia.

SELAMAT BERKUNJUG KE DUNGUN TERENGGANU
DiKemaskini Pada Jumaat, 29 Mac 2013 17:20
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2581 kali.