MAJLIS PELANCARAN KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU Cetak
Oleh PDD   
Selasa, 08 September 2020 12:29

3 September 2020- Majlis Perasmian Program Kampung Budaya bertempat di Perkarangan Kompleks Muzium Terengganu telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Kampung Budaya Terengganu yang berkonsepkan muzium hidup itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mewujudkan ‘one stop center’ yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh Terengganu.

Berlatar belakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, kampung budaya ini merupakan kesempatan terbaik bagi pelancong untuk beramai-ramai datang ke Terengganu dan merasai pengalaman percutian bersejarah.

Kampung Budaya Terengganu juga merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda mengenali sebahagian dari tradisi nenek moyang mereka kerana selain dapat merasai kepelbagaian suasana masyarakat di Terengganu, terdapat juga permainan dan peralatan tradisional yang tidak pernah dilihat oleh genarasi hari ini.Selain memaparkan lapan elemen penting dalam warisan sejarah Melayu Terengganu iaitu Rumah Bujang Berserambi atau Istana Tengku Nik; Rumah Limas Belanda; Rumah Bujang Berpeleh; Rumah Bujang Berserambi Selasar; Rumah Limas Bungkus atau Istana Tengku Long; Galeri Pelayaran; Rumah Nelayan dan Laman Warisan, Kampung Budaya Terengganu turut menempatkan dua perahu besar tinggalan sejarah.

Setiap eleman tersebut mempunyai identiti yang sinonim dengan setiap daerah di Terengganu dan diuruskan oleh pejabat daerah masing-masing yang digelarkan ‘bapa angkat’. Pejabat Daerah Dungun adalah ‘bapa angkat’ kepada Geleri Pelayaran. Antara aktiviti yang dipersembahan adalah demostrasi pembuatan perahu dan replika bot nelayan, lakonan suasana pasar lama di pelabuhan dan aktiviti kedai kopi.

DiKemaskini Pada Selasa, 08 September 2020 13:35
Jumlah Capaian Ke Laman ini :282 kali.