MALAM ASPIRASI BERSAMA PEGAWAI DAERAH DUNGUN Cetak
Oleh PDD   
Rabu, 15 Januari 2020 00:00

14 Januari 2020 - Satu Majlis Aspirasi telah diadakan sempena pertukaran pegawai dan persaraan kakitangan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah di rumah pegawai Daerah Dungun.

Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan Tuan Haji Anuar bin Awang,  Pegawai Daerah Dungun dan diikuti ucapan pegawai dan kakitangan yang diraikan iaitu;

Encik Fadli bin Ngah (bertukar ke Pejabat Tanah Kuala Nerus sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus), Encik Wan Saifullizam bin Wan Jusoh@Wan Ali (bertukar ke Pejabat Tanah Kemaman sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman), Puan Azilia Hani bt Abd Aziz (bertukar ke Majlis Perbandaran Dungun sebagai Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan),Puan Rosnadhirah binti Ramli (bertukar ke INTAN Wilayah Timur Sebagai Penyelaras Program) dan Encik Ahmad Nazri bin Musa (bertukar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu). Selain itu, Jabatan ini turut meraikan 3 orang kakitangan yang akan bersara iaitu Puan Rugayah bt Mahmud, Puan Wan Fauziah bt Wan Jusoh dan Puan Hajah  Fardilah bt Harun.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang bertukar dan bersara. Majlis diakhiri dengan jamuan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang hadir. Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada pegawai yang bertukar dan yang bersara di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Dungun.

DiKemaskini Pada Rabu, 05 Februari 2020 12:03
Jumlah Capaian Ke Laman ini :528 kali.