TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH DUNGUN 1441H/2019M Cetak
Oleh PDD   
Ahad, 22 Desember 2019 15:34

5 Disember 2019 – Seramai 10 Orang  peserta telah memperdengar bacaan ayat suci Al-Quran pada  Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun Tahun 1441H/2019M yang bertempat di Masjid Jamek Paka, Dungun.

Majlis bertemakan ‘NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA’ telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, YB Haji Satiful Bahari Bin Mamat.

Turut hadir sama YB, Tuan Haji Wan Hapandi Bin Wan Nik, ADUN Sura, Tuan Haji Ghazali B Sulaiman selaku Pegawai Penyelaras Dun Bukit Besi dan Tuan Haji Anuar Bin Awang, Pegawai Daerah Dungun selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun 1441H/2019M.

Johan Tilawah Al-Quran bagi kategori lelaki dimenangi Oleh Muhamad Mustafa Bin Ali (Markah 90%) dan johan Tilawah Al-Quran kategori wanita pula dimenangi oleh Norasid@Norasiah Binti Ali (Markah 83%)

Manakala Yahya Bin Ali (Markah 89.5%) dan Siti Nasuha Binti Ali (Markah 81%) telah menyandang naib johan bagi kategori lelaki dan wanita. Bagi tempat ketiga kategori lelaki pula dimenangi oleh Mohd Qosim Bin Husni dengan (Markah 85.5%) sementara itu kategori (Wanita) dimenangi oleh Noor Azizah Binti Ali (Markah 80%) masing-masing berasal dari Kampung Che Lijah,Dungun.

Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Faris bin Hadi Taufiq (Markah 84%) , Abdul Hamid bin Abdullah (Markah 83%), Siti Sarah binti Ali (Markah 77%), dan Siti Masrurah binti Naksahbandi (Markah 65%).

Johan bagi kategori lelaki dan wanita menerima wang tunai berjumlah RM2,000.00, cenderamata dan piala iringan. Naib Johan pula menerima cenderamata dan wang tunai berjumlah RM1000.00. Tempat ketiga menerima cenderamata dan wang tunai berjumlah RM800.00 .Tempat keempat dan kelima kategori lelaki dan wanita  membawa pulang cenderamata dan wang tunai berjumlah RM 400 setiap seorang.

DiKemaskini Pada Ahad, 22 Desember 2019 15:41
Jumlah Capaian Ke Laman ini :288 kali.