SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H/2019M PERINGKAT DAERAH DUNGUN Cetak
Oleh PDD   
Ahad, 24 November 2019 08:19

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H/2019M PERINGKAT DAERAH DUNGUN

20 November 2019 –Sambutan Maulidur Rasul telah di adakan di Dewan Arena Merdeka Dungun dengan tema “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”. Majlis dimulakan dengan Berselawat beramai-ramai  yang diketuai oleh Kumpulan Selawat Pondok Muhajirin Bukit Jong,Kuala Terengganu, bacaan ayat suci al-Quran, selawat nabi serta ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Syed Norhisyam bin Tuan Padang (Pendakwah bebas/ Personaliti Dakwah)

Turut sama hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Merangkap ADUN Paka , YB Haji Satiful Bahari bin Mamat yang telah merasmikan Sambutan maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun. Seramai 1,000 hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi sambutan maulidur rasul pada kali ini. Sebanyak 10 anugerah khas telah disampaikan pada malam tersebut iaitu Tokoh Maulidur Rasul Tuan Haji Ali bin Haji Yahya, Tokoh Iman Cemerlang Tuan Haji Ghazali bin Abdullah, Tokoh Bilal Cemerlang Tuan Haji Abdul Wahab bin Jusoh, Tokoh Dakwah Cemerlang Tuan Haji Shuhaimi bin Daud, Tokoh Belia Cemerlang Encik Mohd Fadhli bin Zulkifli, Tokoh Muallaf Cemerlang Pn. Siti Hajar bin Abdullah, Masjid Kerajaan Terbaik Masjid Nurul Hidayah,Tebing Tembah,Masjid Mukim Terbaik Masjid Al-Mustaqim,Paya Peladang,  Surau Terbaik Surau Ladang Espek dan Tanah Perkuburan Terbaik Tanah Perkuburan Islam Kg. Baru,Kuala Abang.