MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH DUNGUN 1440H/2019M Cetak
Oleh PDD   
Ahad, 20 Januari 2019 14:59

14 JANUARI 2019 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun 2019 bertemakan “Menyantuni Ummat Membawa Rahmat” telah berlangsung di perkarangan Masjid An-naim, Sura Jetty,Dungun pada 13 Januari 2019 bersamaan 7 Jamadilawal 1440H. Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran ini telah disempurnakan oleh YB Haji Satiful Bahari bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Merangkap ADUN Paka). Turut hadir sama pada Majlis tersebut ialah YB Kawasan dan penduduk setempat.Seramai 10 orang peserta yang terdiri dari 5 Qari dan 5 Qariah. Johan Qari disandang oleh Mohamad Mustafa bin Ali Manakala Johan Qariah disandang oleh Nadhrah binti Ahmad Marzuki dengan masing-masing  membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000.00 beserta piala pusingan.

DiKemaskini Pada Khamis, 28 Februari 2019 12:56
Jumlah Capaian Ke Laman ini :187 kali.