PROGRAM WALIMATUL URUS PERDANA DAERAH DUNGUN TAHUN 2018 Cetak
Oleh PDD   
Selasa, 27 November 2018 11:45

PROGRAM WALIMATUL URUS PERDANA DAERAH DUNGUN TAHUN 2018

 

24 November 2018 Tradisi Walimatulurus Perdana sejak 2016, suatu program meraikan perkahwinan pasangan muda beramai-ramai secara percuma. Daerah Dungun mencatatkan bilangan kedua tertinggi iaitu seramai 31 pasangan telah diijab qabulkan secara serentak di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah,Dungun sebelum mereka diraikan dalam satu majlis resepsi secara beramai-ramai melibatkan ahli keluarga terdekat pegantin dan pasangan, Pimpinan tempatan dan Ketua-ketua Jabatan di Dewan Arena Merdeka Dungun.


Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Merangkap ADUN Paka , YB Haji Satiful Bahari bin Mamat telah merasmikan program ini.program ini telah diuruskan oleh pihak YPK Terengganu Cawangan Dungun dengan Kerjasama PDD,MPD, Semua Pejabat-Pejabat Dun dan lain-lain Agensi serta orang perseorangan.

 

 

 

 

DiKemaskini Pada Selasa, 27 November 2018 11:57
Jumlah Capaian Ke Laman ini :279 kali.