SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1440H/2018M PERINGKAT DAERAH DUNGUN Cetak
Oleh PDD   
Selasa, 27 November 2018 11:11

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1440H/2018M PERINGKAT DAERAH DUNGUN

 

20 November 2018 –Sambutan Maulidur Rasul telah di adakan di Dewan Arena Merdeka Dungun dengan tema “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”. Majlis dimulakan dengan Persembahan Marhabban daripada AJK Masjid Balai Besar, bacaan ayat suci al-Quran, selawat nabi serta ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Ybhg. Sahibus Samahah Dato’ Dr haji Zulkiply bin Muda (Mufti Negeri Terengganu)


Turut sama hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Merangkap ADUN Paka , YB Haji Satiful Bahari bin Mamat yang telah merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun. Sebanyak 10 anugerah khas telah disampaikan pada malam tersebut iaitu Tokoh Maulidur Rasul Tuan Hj. Daud bin Abd. Razak, Tokoh Iman Cemerlang Ustaz Othman @ Abd. Razak bin Jusoh, Tokoh Bilal Cemerlang Ustaz Asri bin Ibrahim, Tokoh Dakwah Cemerlang Ustaz Wan Mohd Khairul Anuar bin Wan Mohammad, Tokoh Belia Cemerlang Encik Hafizul Faris bin Che Razlan, Jurumandi Jenazah Tuan Hj. Nagmuddin bin Ismail, Masjid Kerajaan Terbaik Masjid Jamek Paka, Surau Terbaik Surau Al-Hidayah,Alor Tempoyak,Tanah Perkuburan Terbaik Tanah Perkuburan Felda Jerangau.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 27 November 2018 11:30
Jumlah Capaian Ke Laman ini :243 kali.