TAKLIMAT PENGURUSAN DAN BANTUAN MENGHADAPI BENCANA BANJIR DAERAH DUNGUN Cetak
Oleh PDD   
Ahad, 21 Oktober 2018 15:13

DUNGUN –Taklimat Pengurusan Dan Bantuan Menghadapi Bencana Banjir Daerah Dungun telah diadakan pada 20 Oktober 2018 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun. Tujuan utama taklimat ini memberikan pendedahan tentang fungsi jabatan dan Agensi kerajaan serta MPKK dalam mengatasi masalah jika berlakunya bencana banjir dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya banjir.

Taklimat ini disampaikan oleh pelbagai agensi seperti Pejabat Daerah Dungun,Agensi Pertahanan Awam,Pejabat Kesihatan Daerah, Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kebajikan Masyarakat. Taklimat ini dihadiri oleh seramai 300 orang peserta terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha MPKK Daerah Dungun.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Haji Wan Hapandi bin Wan Nik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura dan turut dihadiri Cikgu Alias bin Harun ADUN Rantau Abang serta Ketua-ketua Jabatan.


 

DiKemaskini Pada Isnin, 22 Oktober 2018 09:24
Jumlah Capaian Ke Laman ini :317 kali.