MAJLIS PENYERAHAN SURAT PERLANTIKAN PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA J3K DAERAH DUNGUN 2018-2020 Cetak
Oleh PDD   
Isnin, 06 Agustus 2018 08:31

Dungun- Kerajaan Pas yang meneruskan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (J3K) sebagai teras kepemimpinan di peringkat akar umbi mengingatkan mereka yang baharu menerima tanggungawab itu agar tidak mengkianati amanah dan dinasihatkan agar tidak lupa diri supaya usaha kerajaan menjadikan negeri Terengganu sebuah negeri yang Maju, Berkat Dan Sejahtera berjaya dicapai.

Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan syariah,Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu,merangkap ADUN Paka, YB Haji Satiful Bahari bin Mamat.turut serata ADUN Sura YB Haji Wan Hapandi bin Wan Nik ,

Seterusnya menarik perhatian, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif menyalurkan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada bendahari MPKK berbanding RM650 setahun sebelum ini.

Menurutnya, manakala elaun bagi pengerusi dan setiausaha masih sama dengan sebahagiannya disalurkan oleh kerajaan Pusat dan sebahagian lagi oleh kerajaan negeri.

Jelas beliau, setiap pengerusi institusi itu menerima RM500 sebulan daripada kerajaan Pusat dan RM400 daripada kerajaan negeri manakala bagi setiausaha pula menerima RM300 sebulan daripada kerajaan Pusat dan RM200 daripada kerajaan negeri.

"Maknanya elaun bagi pengerusi dan setiausaha kekal macam sebelumnya, cuma yang berbeza adalah elaun bendahari, kalau sebelum ini mereka terima RM650 setahun tapi di bawah kerajaan Terengganu baharu ini, bendahari terima RM300 sebulan," katanya

"Had umur bagi pengerusi ditetapkan kepada 69 tahun dan 55 tahun bagi jawatankuasa lain. Ada kampung memerlukan individu tertentu untuk pimpin, dikira masih layak dan terbaik meskipun usia sudah melewati 69 tahun.

Normal 0 21 false false false EN-MY X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin-top:0cm; mso-para-margin-right:0cm; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0cm; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi; mso-ansi-language:EN-MY; mso-fareast-language:EN-US;}

Seramai 404 orang (101 J3K) yang baharu bagi Parlimen Dungun menerima watikah pelantikan mereka yang turut dihadiri oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa masing-masing.

 

 

DiKemaskini Pada Isnin, 06 Agustus 2018 08:36
Jumlah Capaian Ke Laman ini :356 kali.