MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PEJABAT DAERAH DUNGUN Cetak
Oleh PDD   
Rabu, 11 July 2018 09:14

DUNGUN – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Dungun telah diadakan pada 5 Julai 2018 (Khamis) bersamaan 21 Syawal 1439H bermula pada jam 9.30 pagi bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun. Kemeriahan sambutan hari raya aidilfitri Pejabat Daerah Dungun turut dihadiri oleh semua kakitangan dan ketua jabatan dari pelbagai Agensi. Pengujung mula membanjiri Perkarangan pejabat seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari.

Pegawai Daerah turut memberi sumbangan duit raya kepada Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di setiap PDK Daerah Dungun. Antara juadah yang disediakan adalah kambing golek, sate, laksa, Nasi Dagang, Nasi Arab dan lain-lain. Sambutan dari penduduk sekitar amat mengalakkan.

 

DiKemaskini Pada Rabu, 11 July 2018 09:33
Jumlah Capaian Ke Laman ini :526 kali.