MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH DUNGUN 1438H/2017H Cetak
Oleh PDD   
Isnin, 20 Mac 2017 21:31

8 FEBRUARI 2017 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun 2017 bertemakan “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” telah berlangsung di perkarangan Dewan Balora, Bukit Besi pada 08 Februari 2017 bersamaan 11 Jamadilawal 1438H. Majoriti bacaan peserta pada tahun ini semakin baik dan mantap, namun terdapat juga beberapa teguran daripada panel hakim dari pelbagai aspek agar lebih bersedia ke peringkat seterusnya.Perasmian telah disempurnakan oleh YB Haji Roslee bin Daud (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri- ADUN bukit besi). Turut hadir Ybhg. Pegawai Daerah dan Yang Behormat kawasan, Ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan serta penduduk di sekitar Daerah Dungun.Seramai 10 orang peserta yang terdiri dari 5 Qari dan 5 Qariah. Johan Qari disandang oleh En. Aziz Bin Mohamad dari Taman Madani Bandar AMBS membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 beserta piala pusingan dan iringan. Manakala Johan Qariah disandang oleh Pn. Norasid @ Norasiah Bt. Ali dari Kg. Che Lijah membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000 beserta piala pusingan.

DiKemaskini Pada Ahad, 23 April 2017 23:57
Jumlah Capaian Ke Laman ini :732 kali.