LAWATAN MENTERI BESAR TERENGGANU KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR 2017 Cetak
Oleh PDD   
Ahad, 15 Januari 2017 15:12

DUNGUN ,5 Jan. Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman bersama isteri Y.A.Bhg. To’ Puan Hajjah Halina Binti Zakaria telah mengadakan lawatan rasmi ke pusat kawalan operasi banjir yang bertempat di Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun   bagi meninjau situasi banjir yang berlaku di negeri ini. Dato’ Seri Dr. Ahmad Razif telah diberikan Taklimat Memperkasakan Pengurusan Banjir Daerah Dungun oleh Pegawai Daerah Dungun.


 

Beliau yang diiringi Ahli exco kerajaan negeri Terengganu memulakan lawatan ke Dewan sivik paka dan Kemudian, rombongan bergerak ke Pusat Pemindahan sekolah kebangsaan durian mentangau dan menyempurnakan gimik penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di kawasan terjejas dan juga telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir sebelum menyertai jamuan rakyat bersama penduduk setempat.

DiKemaskini Pada Ahad, 15 Januari 2017 15:29
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1154 kali.