Sejarah Dungun |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDD |
Rabu, 18 April 2012 10:11 |
SEJARAH AWAL Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campur tangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan. Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-
Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:- i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia. Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 - 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit , nenda saudara baginda. 1921 Campurtangan British dalam pentadbiran negeri Terengganu setelah perjanjian 1991 yang membawa kepada kemasukan seorang Penasihat Britisah yang bertindak sebagai penasihat dalam semua hal-hal yang berkaitan pentadbiran kecuali hal-hal keagamaan. Mereka telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa jajahan yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Jajahan, Jajahan tersebut ialah:- Jajahan Barat (Besut dan Setiu) 1942Semasa pendudukan Jepun di Terengganu, Pesuruhjaya Jajahan telah diganti dengan Pesuruhjaya berbangsa Jepun. Rumah pasung dibahagi kepada 3 cawangan iaitu Keimu Kakari, Hoan Kakari dan Tokko Kakari dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka. Daerah Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.
Rujukan:- |
DiKemaskini Pada Selasa, 20 September 2016 10:07
Jumlah Capaian Ke Laman ini :10967 kali. |
|
|
|
|
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Peta Laman |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 14 Mac 2023, 11:01
|
Jumlah Pelawat : | 1010489 | (Statistik Web Penuh) |
|