FUNGSI ORGANISASI PEJABAT DAERAH DUNGUN Fungsi utama Pejabat Daerah Dungun ialah merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan fizikal, pembangunan masyarakat, keselamatan, majlis dan keraian, pentadbiran dan kewangan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat seimbang dari segi kehidupan sosial, ekonomi dan melahirkan masyarakat yang sentiasa produktif
DASAR KUALITI PEJABAT DAERAH DUNGUN Pejabat Daerah Dungun adalah komited untuk mengurus dan mentadbir daerah bagi mencapai pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, fizikal dan pembangunan insan bagi memenuhi kehendak pelanggan serta menjalankan penambahbaikan secara berterusan berdasarkan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 Pejabat Daerah & Tanah Dungun
FUNGSI ORGANISASI PEJABAT TANAH DUNGUN Fungsi utama Pejabat Tanah Dungun ialah memproses permohonan dari segi perlupusan, pendaftaran, pembangunan pentadbiran dan kewangan, ICT, perundangan, penguatkuasaan dan hasil tanah
DASAR KUALITI PEJABAT TANAH DUNGUN Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan dan pendatbiran tanah secara berterusan melalui aplikasi sistem penyampaian yang efektif bagi memenuhi kehendak pelanggan
|
DiKemaskini Pada Sabtu, 14 Jun 2014 10:16
Jumlah Capaian Ke Laman ini :5687 kali.
|