Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun
"Pengurusan Dimantapkan Tindakan Disegerakan"
LAWATAN KERJA YBM TENGKU SERI BIJAYA RAJA, SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU KE DAERAH DUNGUN PDF Cetak E-mail
Oleh PDD   
Isnin, 18 July 2022 00:00

AHAD, 17 JULAI 2022 - DAERAH DUNGUN telah menerima kehadiran Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu beserta rombongan pada 17 Julai yang lepas dalam rangka lawatan kerja sehari ke daerah ini. Program ini adalah sebahagian daripada program ke daerah-daerah oleh YBM Tengku dan Dungun merupakan daerah ketujuh dan kedua terakhir sebelum Daerah Setiu yang dijadualkan pada awal bulan Ogos depan. Delegasi lawatan YBM Tengku turut disertai oleh Dato' Zulkifli Ali, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu dan Haji Anuar Awang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) serta sebahagian Ketua-Ketua Jabatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

 

 

YBM Tengku tiba di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun sekitar jam 9.00 pagi dengan disambut oleh Encik Jusman Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun dan pegawai-pegawai kanan kerajaan di daerah. Acara sambutan diserikan dengan persembahan silat oleh sekumpulan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Paka. YBM Tengku serta rombongan seterusnya mengadakan Sesi Perjumpaan Tertutup Bersama Pegawai-Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Dungun (PDTD) dan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) di Bilik Pegawai Daerah, Aras 3 Pejabat Daerah Dungun (PDD) diikuti dengan Sesi Taklimat Pembangunan Daerah Dungun di Bilik Gerakan, Aras 2 PDD yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan/Agensi dalam Daerah Dungun.

Setelah selesai sesi taklimat, YBM Tengku bergambar bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Daerah di pekarangan PDTD. Beliau seterusnya dibawa melawat ke kaunter Pejabat Tanah Dungun sebelum ke Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun bagi Majlis Amanat Penjawat Awam Daerah Dungun.

Setibanya di Pekarangan Dewan Utama MPD, YBM Tengku disambut dengan Kawalan Kehormat oleh Pasukan Penguatkuasa MPD sebelum seterusnya melakukan pemeriksaan perbarisan kepada pasukan tersebut. Selesai acara kawalan kehormat dan pemeriksaan perbarisan, YBM Tengku masuk ke Dewan Utama MPD untuk Majlis Amanat kepada Penjawat Awam Daerah Dungun yang merekodkan kehadiran sekitar 500 orang.

Dalam amanat tersebut, YBM Tengku menekankan kepentingan untuk semua penjawat awam menyedari kepentingan tugas serta peranan mereka terutamanya dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat disampaikan dengan sebaik mungkin. Beliau juga turut mengingatkan supaya penjawat awam dapat bersikap proaktif dengan senantiasa menyemak prosedur kerja bagi memastikan ruang penambahbaikan kepada proses kerja dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa selain daripada berusaha menjaga diri daripada terlibat dengan sebarang salahlaku yang boleh menjejaskan imej diri dan jabatan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, prinsip integriti hendaklah dijadikan asas dalam melaksanakan tugasan harian. Selepas selesai majlis amanat tersebut, YBM Tengku menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi serta PUSPANITA Negeri dan PUSPANITA Daerah di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Dungun.

Pada sebelah petangnya pula, YBM Tengku beserta rombongan bergerak ke Muzium Bukit Besi bagi menyaksikan tinggalan sejarah kawasan Perlombongan Bijih Besi terbesar di Asia Tenggara yang menghimpunkan koleksi khazanah dan maklumat lengkap kawasan perlombongan yang pernah beroperasi hampir 60 tahun bermula pada tahun 1916 lagi. Program sebelah petang turut disertai oleh YB Haji Rozali Salleh, Pegawai Kewangan Negeri.

YBM Tengku kemudiannya dibawa ke Tasik Puteri, Bukit Besi bagi menikmati keindahan suasana panorama pemandangan di sekiar tasik tersebut. Berdasarkan kepada jadual asal, beliau sepatutnya mengikuti acara aktiviti dalam air tetapi ianya terpaksa dibatalkan disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Program Lawatan Kerja YBM Tengku berakhir dengan Sesi Minum Petang di Kelab Golf Bukit Besi (KGBB) yang diiringi dengan persembahan pentas oleh Afee Utopia. Program berakhir sekitar jam 5.30 petang

DiKemaskini Pada Isnin, 25 July 2022 09:31
Jumlah Capaian Ke Laman ini :218 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH DUNGUN
Jalan Yahya Ahmad, 23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-8481616/8481617
FAX PTD: +609-8452217
FAX PDD:+609-8484594
E-Mail E-mail PDTD :
ptd@terengganu.gov.my
pddungun@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun( Seterusnya..)
Hakcipta Terpelihara © 2011-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Google Chrome
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Peta Laman
Di kemaskini Pada :
Isnin 25 July 2022, 09:31
Jumlah Pelawat :
999903
(Statistik Web Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday3
mod_vvisit_counterYesterday72
mod_vvisit_counterThis week122
mod_vvisit_counterLast week522
mod_vvisit_counterThis month243
mod_vvisit_counterLast month2310
mod_vvisit_counterAll days999903

QR Kod PDTD :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun