Lawatan Kerja ke Tapak Pameran dan Ladang Solar di Tapak Solar TESDEC Dungun |
|
|
|
Oleh PDD
|
Isnin, 21 Oktober 2019 08:22 |
10 Oktober 2019 - YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Pameran dan Ladang Solar di Tapak Solar TESDEC Dungun, Kawasan Perindustrian Batu 7, Dungun. Pusat latihan solar tersebut dijangka siap pada penghujung bulan Oktober dan beroperasi sepenuhnya pada penghujung bulan November 2019.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengarah TESDEC Sdn Bhd, M. Shukrimun Shamsudin.
|
DiKemaskini Pada Isnin, 21 Oktober 2019 11:16
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1436 kali.
|