MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU |
|
|
|
Oleh PDD
|
Ahad, 08 July 2018 10:51 |
DUNGUN –Majlis berbuka puasa bersama YAB DR. Ahmad Samsuri bin Mohktar, Menteri Besar Terengganu. Diadakan di Masjid Hadari Paka pada 04 Jun 2018 (Isnin) bersamaan 21 Ramadhan 1439 H bermula pada jam 6.00 petang. Diantara pengisian pada majlis tersebut ialah dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang didengari oleh semua hadirin.
Seterusnya, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim disampaikan oleh Menteri Besar. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.
Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah antara satu sama lain dan dapat menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sewajibnya membantu golongan yang memerlukan.
|
DiKemaskini Pada Ahad, 08 July 2018 10:54
Jumlah Capaian Ke Laman ini :342 kali.
|