Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun
"Pengurusan Dimantapkan Tindakan Disegerakan"
PROGRAM BERKHATAN PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2016 PDF Cetak E-mail
Oleh PDD   
Ahad, 18 Desember 2016 12:08

DUNGUN 13 Dis. – Pelbagai program dianjurkan sempena mu­sim cuti persekolahan, termasuk berkhatan beramai-ramai yang memberi peluang kepada ibu bapa bagi melunaskan tuntutan agama dan kebersihan.

Pejabat Daerah  tidak ketinggalan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai hari ini yang disertai oleh 90 orang kanak-kanak terdiri keluarga yang  kurang berkemampuan  di sekitar daerah dan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paka.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yasim bin Awang selaku  Pegawai Daerah Dungun. Menurutnya, acara berkhatan beramai-ramai ini merupakan program yang amat bermakna dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Pihak jabatan menganggap penganjuran program khidmat komuniti ini penting kerana di sinilah dasar jaringan sosial antara kerajaan dan masyarakat dapat dibentuk dan seharusnya berlanjutan serta dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Secara tidak langsung, prog­ram sebegini menyahut usaha kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat dan program berkhatan beramai-ramai seperti ini juga dapat meningkatkan sema­ngat kekeluargaan dan mengu­kuhkan lagi ikatan perpaduan, di samping membuktikan bahawa kerajaan dan masyarakat kita masih boleh bersatu atas nama kepentingan bersama terutama membabitkan tuntutan syariat agama dan adat budaya bangsa," katanya.

 

Acara ini secara tidak langsung dapat mengembalikan nostalgia masyarakat selain mengetengahkan budaya masyarakat Melayu pada zaman dahulu yang dilakukan dalam suasana meriah dan semangat muhibah.

DiKemaskini Pada Ahad, 01 Januari 2017 07:42
Jumlah Capaian Ke Laman ini :28 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH DUNGUN
Jalan Yahya Ahmad, 23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-8481616/8481617
FAX PTD: +609-8452217
FAX PDD:+609-8484594
E-Mail E-mail PDTD :
ptd@terengganu.gov.my
pddungun@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun( Seterusnya..)
Hakcipta Terpelihara © 2011-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Google Chrome
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Peta Laman
Di kemaskini Pada :
Rabu 24 Mei 2017, 23:58
Jumlah Pelawat :
723532
(Statistik Web Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday13
mod_vvisit_counterYesterday234
mod_vvisit_counterThis week1156
mod_vvisit_counterLast week1666
mod_vvisit_counterThis month6211
mod_vvisit_counterLast month6661
mod_vvisit_counterAll days723532

QR Kod PDTD :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun