Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun
"Pengurusan Dimantapkan Tindakan Disegerakan"
PANTAI TELUK LIPAT DUNGUN TERENGGANU PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Jumaat, 29 Mac 2013 16:45
Pantai Teluk Lipat yang terletak di daerah Dungun diberi nama kerana kawasannya berteluk dan selalu terhakis apabila datangnya musim monsun timur laut atau tengkujuh. Kawasan berteluk ini telah dibenteng dengan konkrit bagi menghalang hakisan ombak. Ia bermula dari Rumah Pegawai Daerah hinggalah ke kawasan Taman Selera. Walaubagaimana pun pelancong atau anak tempatan boleh bersantai di kawasan lain kerana pantainya terlalu panjang bermula dari muara Sungai Dungun hinggalah ke Kampung Sura Hujung di mana terletaknya Kampus UiTM Dungun dan terletak pula Banjaran Bukit Bauk dan Pantai Rekreasi Teluk Gadung. Jalan raya di sepanjang pantai ini dinamakan Jalan Pantai Sura iaitu yang bermula dari Muzium Daerah Dungun hinggalah ke Kampus Uitm Dungun.

Bagi anak tempatan, pantai yang panjang ini tidak semuanya dipanggil Pantai Teluk Lipat kerana Pantai Teluk Lipat hanyalah terletak di dalam kawasan Kampung Teluk Lipat iaitu dari Rumah Pegawai Daerah hinggalah sempadan Kampung Sura Jeti di mana terletaknya Tiang Opal. Bagi kawasan Kampung Sura Jeti, Sura Tengah dan Sura Hujung tidaklah pula dipanggil Pantai Teluk Lipat. Anak tempatan lebih senang memanggilnya dengan nama Pantai Sura Jeti, Pantai Sura Hujung dan berhampiran dengan Pantai Sura Hujung terletak pula kawasan Teluk Gadung yang bertasik dan bersambung dengan laut apabila air pasang. Jika kita menghala ke muara Sungai Dungun, kawasan pantai di situ pula terletak di dalam kawasan Kampung Tanah Lot.

Di sepanjang pantai ini terdapat banyak restoran, warung dan gerai makanan laut dan makanan tradisi sama ada dibina oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau dibina di atas tanah sendiri. Kawasan pantai yang terletak di Kampung Sura Jeti yang berhadapan dengan Sekolah IMTIAZ pula terletaknya kawasan permainan kanak-kanak, trek dan alatan untuk beriadah. Di situ juga terletak tinggalan sejarah zaman perlombongan bijih besi di Bukit Besi antaranya ialah Tiang Opal yang merupakan tiang jambatan untuk mengagihkan bijih besi ke kapal tongkang sebelum di bawa ke tengah laut untuk diangkut dengan kapal kargo. Kesan tinggalan lain ialah batuan dan konkrit yang masih kukuh serta kawasan ini bertanah merah kesan daripada bijih-bijih besi.

Sepanjang kawasan ini juga mempunyai beberapa hotel antaranya Mayang Sari Resort Dungun , Ulek Beach Resort dan Hotel Uitm Dungun sendiri. Sepanjang pantai ini juga terdapat gelanggang bola sepak pantai, Muzium Daerah Dungun, Rumah Tetamu Dungun, beberapa taman perumahan, dan Kelab Golf Desa Dungun. Terdapat juga pelbagai rekabentuk unik wakaf untuk nelayan dan tempat simpanan bot yang dibina oleh nelayan di sini. Kebanyakkannya dibina dengan menggunakan buluh, kayu dan beratap daun kelapa.

SELAMAT BERKUNJUNG KE DUNGUN TERENGGANU
DiKemaskini Pada Selasa, 07 Januari 2020 15:36
Jumlah Capaian Ke Laman ini :7102 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH DUNGUN
Jalan Yahya Ahmad, 23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-8481616/8481617
FAX PTD: +609-8452217
FAX PDD:+609-8484594
E-Mail E-mail PDTD :
ptd@terengganu.gov.my
pddungun@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun( Seterusnya..)
Hakcipta Terpelihara © 2011-2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox, Google Chrome
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan | Peta Laman
Di kemaskini Pada :
Selasa 14 Mac 2023, 11:01
Jumlah Pelawat :
1010489
(Statistik Web Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookTwitterFeed

mod_vvisit_counterToday68
mod_vvisit_counterYesterday75
mod_vvisit_counterThis week733
mod_vvisit_counterLast week736
mod_vvisit_counterThis month68
mod_vvisit_counterLast month3038
mod_vvisit_counterAll days1010489

QR Kod PDTD :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun