RANTAU ABANG DUNGUN TERENGGANU |
|
|
|
Oleh Administrator
|
Jumaat, 29 Mac 2013 16:13 |
Satu lagi tempat menarik di Dungun ialah Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat. Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan beratnya kadangkala melebihi 375kg.
Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September. Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud. Rantau Abang terkenal sebagi destinasi pelancongan di Terengganu kerana menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai Rantau Abang merupakan salah satu destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan, "Las Baulas". Terletak di 22 km utara dari Kuala Dungun dan 80 km dari Kuala Terengganu, Rantau Abang menjadi topik perbincangan dalam aspek pelancongan. Kadangkala apabila penyu belimbing datang dan bertelur di antara bulan Mei sehinggi bulan Ogos. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik cukup kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut. Rantau Abang telah menemui zaman kegemilangannya. Walaubagaimanpun populasi penyu di dungun semakin pupus akibat dari pencemaran alam sekitar dan pemburuan telur-telur penyu oleh pihak pihak tertentu.
SELAMAT BERKUNJUNG KE DUNGUN
|
 |
|
DiKemaskini Pada Jumaat, 29 Mac 2013 17:00
Jumlah Capaian Ke Laman ini :5876 kali.
|